Friday, November 20, 2009
whatever

Ya Allah
Ya Rabbi
Tuhan yg mencipta alam dan manusia
tiada berdaya hati ku ini
hanya berdakap cinta duniawi
tanpa rasa gundah
jika berkasih dgn duniawi
akan hancur dimamah bumi
tatkala malaikat meniup sangkalanya nanti
Ya Allah
kini ku rasakan sesuatu...
ku sedar akan perubahan sikapku
ku sedar jua akan perubahan hatiku
sungguh yang baik datang dari Mu
yang buruk datang dari diri ku sendiri
Ya Allah
mengapa kini
hati ku tidak gundah lagi pabila
melihat kelibat manusia berlaku songsang
mengapa kini jua
hati ku tidak tersentuh mendengar perkara yang baik
adakah diri ku ini kejauhan dari Mu??
Ya Allah
Kau punahkan lah hati ku
dari meneroka cinta duniawi
aku rindu untuk berdakap dgnMu
Kau cantumkan lah kembali
cintaku kepada yg Mencipta
dan bukan cinta yg dicipta
Ya Allah
ku takut seruan ajal Mu
menitis air mata dikala mengingati mati
bagaimana cara pengambilan nyawaku
tidak ku mahu meninggal keadaan yg mengaibkan
Ya Allah
kekuasaan Mu Hanya dapat mengubah segalanya
matikan aku dalam Iman
matikan aku dalam Islam
matikan aku tika bersujud
akhirkan lah kesudahan hidupku dgn cara yg baik
kini, ku mencari Redha Mu Ya Allah
kini, ku mencari Cinta Mu Ya Allah
kini, ku cuba untuk mengubah sikapku
mengubah jua persepsi hidup ku
untuk terus mencari Redha Mu Ya Allah
tiada keredhaan hidup dari Mu Ya Allah
tiada guna seseorang manusia itu